1 malaysia gold blogspot dot com

Mahu Anak Anda Pintar & Pandai Membaca Sebelum Masuk Tadika?

Saturday, September 24, 2016

Ditahan ketika bungkus air ketum 2016





Ditahan ketika bungkus air ketum 2016

Ditahan ketika bungkus air ketum

Alor Gajah: Seorang lelaki ditahan polis ketika leka membungkus air ketum di rumahnya di taman perumahan di sekitar Masjid Tanah, di sini, awal pagi tadi..

Dalam kejadian 1 pagi, lelaki berusia 32 tahun yang sudah berkahwin dan memiliki dua anak itu dipercayai menjalankan kegiatan membungkus dan menjual air ketum di kawasan perumahan di tempat tinggalnya sejak dua tahun lalu..

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan A Asmadi Abd Aziz berkata, lelaki yang juga penjawat awam itu ditahan dalam sebuah bilik dalam rumahnya..

"Ketika serbuan dilakukan, beberapa anggota polis mengepung rumah suspek yang tidak berkunci kira-kira 1 pagi..

"Di dalam bilik bahagian depan ada seorang wanita dan dua kanak-kanak, manakala suspek ditahan di dalam bilik di bahagian dapur," kata Asmadi...

Menurutnya, hasil siasatan lanjut, polis menemui satu periuk besar mengandungi 62 bungkusan plastik lutsinar mengandungi cecair dipercayai air ketum bernilai kira-kira RM700...

Beliau berkata, suspek kini dibawa ke Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) IPD Alor Gajah dan kes disiasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952..

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 September 2016 @ 5:36 PM

Sumber - : http://www.hmetro.com.my/node/168790

Membeli Surat Pajak & Membeli emas terpakai 0132121707



No comments:

Post a Comment